Selamat Datang Ke Kelab Ibu Sihat

19:45

 

 

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bersyukur kepada Allah atas "online" nya blog ini. Kami bercadang untuk wujudkan blog ini atas dasar rasa tanggungjawab kami untuk menyampaikan ilmu, tips serta inspirasi bagi ibu-ibu dan bakal ibu. Sudah lima tahun saya menjadi seorang ibu kepada anak-anak comel, memberi nasihat kepada ibu-ibu dalam menjaga kesihatan dan membina bisnes dari rumah supaya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata serta terjaga pembesaran, mengikut acuan yang kami mahukan. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak kita?

Di sini juga tempat kami beri kesedaran tentang pemakanan; di mana sebelum saya menjalankan bisnes ini, saya pernah menjadi seorang Quality Control Executive yang menjaga keluar-masuk produk-produk fresh seperti buah dan sayur untuk sebuah jenama pasaraya besar seluruh Malaysia. Dari pengalaman saya di sana sahaja pun sudah banyak mengajar kami untuk memilih mana makanan yang terbaik di pasaran. Barang segar tak semestinya yang terbaik kerana kesegaran masakini perlu ditakrifkan semula.

"Barang segar tak semestinya yang terbaik kerana kesegaran masakini perlu ditakrifkan semula"


Ini bukan bermaksud kami tidak ambil barangan yang segar, malah kami amat sukakan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dari ladang yang baru dipetik! Dalam masa yang sama, kita memang tak boleh hindari masalah pencemaran serta toksidsiti secara total. Tapi kami ada kaedahnya disamping pengambilan makanan-makanan segar.

"Orang yang bijak adalah orang yang membuat pilihan berdasarkan ilmu, bukan perasaan"


Orang yang bijak adalah orang yang membuat pilihan berdasarkan ilmu, bukan perasaan. Maka jadilah orang yang bijak. Di sini juga kami ada mengambil artikel dari sumber-sumber lain untuk di share kan kerana bagi kami ilmu yang baik itu sepatutnya dikongsikan. Fakta-fakta sains tidak bercanggah dan jika ada percanggahan itu adalah poin untuk kita fikirkan kembali. Dan kami "curate" kan ilmu ini semua untuk anda supaya kita semua dapat manfaatnya.

Amin. Alhamdulillah atas segalanya.

You Might Also Like:

0 comments

Followers