Rahsia Khasiat Kesihatan Omega 3

14:00

Asid lemak omega yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu (EFAs), merupakan lemak sihat atau "baik" yang kita perlukan bagi menyokong fungsi normal semua tisu di dalam tubuh. Membran saraf-saraf anda, saluran darah san otot-otot adalah terbina daripada asid lemak.

Badan anda tidak mampu untuk mengeluarkan asid lemak dengan sendirinya, jadi anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan blok-blok binaan penting ini bagi mengekalkan tubuh yang sihat. Dua asid lemak penting yang utama yang perlu dalam diet anda adalah asid lemak Omega 6 dan Omega 3.


Faedah Kesihatan Asid Lemak Omega 3


(gambar)

Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Eicosapentaenoic (EPA) ialah asid omega-3 utama yang tubuh gunakan untuk proses-proses tubuh. Ia didokumenkan dengan baik yang kuantiti EPA dan DHA yang mencukupi di dalam diet dapat membantu :

Galakkan Jantung Sihat

  • Menyokong peredaran darah yang sihat
  • Mengekalkan tahap normal. triglyceride yang sihat
  • Mengekalkan fungsi kardiovaskular yang sihat

Galakkan Kesihatan Mata Dan Kognitif

  • Perkembangan dan penyelenggaraan normal bagi otak, mata dan sistem saraf.
  • Perkembangan kognitif normal pada kanak-kanak.
  • Menyokong pembangunan sel-sel otak bayi dan penglihatan.

Mengurangkan Keradangan

  • Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi
  • Meningkatkan kelenturan sendi

Bagaimana untuk memilih omega-3 terbaik?


Menurut Persatuan Jantung Amerika, jenis ikan tertentu boleh mengandungi paras raksa (merkuri) tinggi, PCBs, dioxin dan pencemar alam lain. Maka, ia amat penting memilih minyak ikan omega-3 yang melalui satu proses penapisan yang ketat, termasuk proses penyulingan molekul bagi menyingkirkan bahan-bahan cemar berpotensi dan memastikan ketulenan dan keselamatannya.

You Might Also Like:

0 comments

Followers