Panduan Pemakanan Untuk Ibu Hamil Dan Berpantang

15:56

Masalah Pemakanan Ibu Hamil


Wanita hamil selalunya mengalami masalah loya terutamanya di awal kehamilan, pedih ulu hati dan sembelit. Berikut adalah petua untuk mengatasi masalah berkenaan:

1. Loya

  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan biar perut kosong.
  • Elakkan daripada makan terlalu kenyang.
  • Dapatkan nasihat doktor jika keadaan ini berlarutan.

2. Pedih Ulu Hati

  • Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  • Makan secara perlahan-lahan.
  • Jangan baring sejurus selepas makan.   

3. Sembelit

  • Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran penuh.
  •  Minum air 6 hingga 8 gelas sehari.

4. Ibu Yang Tidak Minum Susu

Terdapat ibu hamil yang tidak suka minum susu atau ada masalah lactose intolerate. Namun, susu adalah sumber kalsium yang penting untuk pembentukan tulang, gigi dan perkembangan bayi. Pengambilan kalsium boleh ditingkatkan dengan cara berikut:
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan sumber kalsium seperti dadih, yogurt, keju, ikan bilis, sardin, kekacang dan sayuran berdaun hijau (bayam, cekor manis, pegaga, sawi).
  • Makan makanan dari hasil kacang soya seperti susu soya, tauhu, tempe dan fucuk.
  • Ambil supplemen Kalsium bagi mencukupkan kalsium dalam badan seperti yang disyorkan di sini.
#konsultanShaklee Pengambilan supplemen juga membantu ibu hamil mengatasi masalah loya, pedih ulu hati dan sembelit serta mencukupkan nutrien harian mereka. Dapatkan nasihat cara pemakanannya di sini.


 Penambahan Berat Badan Semasa Hamil


Semasa hamil, ibu akan mengalami pertambahan berat badan. Berikut adalah saranan pertambahan berat badan mengikut status berat badan ibu sebelum hamil bagi memastikan perkembangan bayi yang sihat.

Jadual Saranan Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil
(gambar jadual)


Pemakanan Semasa Dalam Pantang


Kebanyakan ibu lepas bersalin, berpantang sesetengah makanan. Mereka mengkategorikan makanan tersebut sebagai makanan sejuk, bisa, angin dan gatal. Walau bagaimanapun, tidak semua individu akan mengalami kesan yang sama akibat memakan makanan yang dipantang. Berpantang makanan dalam tempoh yang terlalu lama adalah tidak digalakan kerana ia boleh menyebabkan kekurangan sesetengah nutrien.

Oleh itu, ibu yang selepas bersalin dinasihatkan menggantikan makanan berpantang kepada makanan lain dari kumpulan makanan yang sama.

(gambar jadual)


#konsultanShaklee Pengambilan pemakanan tambahan (food supplement) amat membantu dalam ibu berpantang kerana ianya kurang risiko dan mudah diambil. Ikuti nasihat Konsultan Shaklee Anda untuk cara pengambilan supplemen untuk ibu berpantang di sini.

[sumber: brosur Panduan Pemakanan Sihat Bagi Wanita oleh Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor]

You Might Also Like:

0 comments

Followers