Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Phytosterols

16:10

(gambar)

Adakah Anda Salah Seorang Dari 6 Juta Warga Malaysia Yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?


Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

Kenapa Pilih Phytosterols?


Apa Itu Phytosterols?


Phytosterols (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan phytosterols.

Jadi Bagaimana Phytosterols Berkesan?

(gambar)

Struktur phytosterols adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan phytosterols, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama phytosterols. Ini bermakna, apabila anda mengambil lebih banyak phytosterols maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.

Berapa Banyak Phytosterols Yang Anda Perlukan?


Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Phytosterols dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

#konsultanShaklee Kami Syorkan Supplemen Phytosterols Dari Shaklee Iaitu Phytocol-ST Bagi Mengatasi Masalah Kolesterol Anda.

[sumber: booklet Outsmart Your Cholesterol Naturally With Phytosterols oleh Shaklee Malaysia]

You Might Also Like:

0 comments

Followers