Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kolesterol

16:09

Apakah Itu Kolesterol?


Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua Sumber Utama Kolesterol


Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan Stroke (Angin Ahmar).

(gambar)

Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan Penyakit Jantung?


Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
  • LDL (Low-Density Lipoprotein atau Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
  • HDL (High-Density Lipoprotein atau Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)
(gambar)

LDL dikenali sebagai Kolesterol "Jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau Stroke.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "Baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

AWAS! Jika anda mempunyai tinggi kolesterol:
  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6% 
  • Risiko Stroke meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

 

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol?


Makanan di Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini:

(gambar)

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!

BERTINDAK SEKARANG: Ikuti Petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi


  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat badan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Phytosterols ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.
#konsultanShaklee Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan Phytosterols di sini.

[sumber: booklet Outsmart Your Cholesterol Naturally With Phytosterols oleh Shaklee Malaysia]






You Might Also Like:

0 comments

Followers